Jenis Karangan: Keperihalan
Soalan: Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di sebatang sungai. Ceritakan pengalaman kamu itu.
Pada
cuti sekolah yang lalu, saya mengisi masa lapang memancing ikan bersama bapa. Kami
pergi ke sana awal pagi dengan menaiki motosikal.
Kami telah menyediakan peralatan memancing seperti joran,
umpan, mata kail dan sebagainya.
Tiba ke destinasi, kami mencari suatu tempat yang sesuai untuk
memancing dah duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Selepas memasang
umpan kami memancing dengan sabar.
Hampir satu jam menunggu, tiba-tiba joran saya bergerak dengan
kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana
mendapat seekor ikan yang besar.
Pada
petang itu, kami berjaya mendapat lima ekor ikan. Ibu telah memasak kari ikan
untuk kami sekeluarga.
Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat mengisi masa lapang dengan bapa
serta dan menambahkan pengalaman.
(120
patah perkataan)
No comments:
Post a Comment