Laman Utama

CONTOH 3: BIOGRAFI

Jenis Karangan : Biografi 

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Keluarga Saya ”.

Keluarga saya terdiri dari lima orang, iaitu ayah, ibu, saya dan dua orang adik lelaki. Hubungan kami amat rapat dan saling hormat-menghormati.

Ayah saya bernama  Lukman.  Beliau seorang tentera yang bertugas Pusat Latihan di Port Dickson. Ayah saya seorang yang tegas tetapi baik hati serta pemurah.

Ibu saya seorang suri rumah. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak. 

Saya anak yang sulung dan belajar di Sekolah Kebangsaan Gadong dalam tahun lima. Saya suka membaca buku.

Saya mempunyai adik lelaki bernama Danish dan Adeeb. Mereka masih bersekolah di tadika. Adik-adik saya comel dan manja.

Saya amat menyayangi keluarga saya dan bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, bak kata pepatah “Rumahku, Syurgaku”.

(120 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment