Laman Utama

CONTOH 2: PERBINCANGAN


Jenis Karangan : Perbincangan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Kebaikan Menggunakan Komputer ”.



Komputer merupakan teknologi penting dan merupakan keperluan asas kepada setiap keluarga pada masa kini. Penggunaan komputer yang begitu meluas menyumbang kepada pelbagai kebaikan.

Antara kebaikannya, mudah mendapatkan maklumat. Dengan melayari internet, pelbagai maklumat dapat diperolehi dan disimpan di dalam komputer.

Selain itu, komputer juga dapat menjimatkan masa. Contohnya,dengan komputer kita dapat menjalankan urusan bank dengan cepat tanpa perlu berbaris panjang.

Di samping itu, hasil kerja yang dihasilkan dengan komputer lebih baik kualitinya. Dengan komputer kita dapat menaip surat, laporan dan jadual dengan kemas dan teliti.

Komputer juga dapat menyimpan lebih banyak data daripada sistem manual. Ini dapat menjimatkan ruang dan kos untuk membeli perabot atau kabinet.

Kesimpulannya, komputer memberi banyak kebaikan jika digunakan dengan berhemah dan dengan cara yang betul.

(120 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment