1. Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
2. Pucuk pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
3. Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan
4. Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
5. Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi
6. Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
7. Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama cik adik seorang
8. Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana sumbunya
Hilang ghaib kusangka mati
Kalau mati mana kuburnya?
9. Puas saya bertanam ubi
Nenas juga dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
10. Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
11. Burung kakak tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat
12. Oh! bulan mana bintang
Atas puncak kayu ara
Oh! tuan mana hilang
Dalam dapur atas para
13. Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
14. Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kupinang-pinang tak dapat-dapat
Kupujuk-pujuk ku bawa lari
15. Tuan padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
No comments:
Post a Comment